Tuesday, April 14, 2009

tuntutan MIC

ni juga crita baru..setelah PM umumkan kabinet barunya..maka mulalah ada pihak yang tidak berpuas hati..biasala manusia kan...ada saje yg tak kena nya. terbaru dikatakan MIC menuntut kerusi kabinet iaitu di Kementerian Kerja Raya...nemo tak tau nak cakap apa. Jika kerusi itu diletakkan calon MIC yang sedialaka mungkin ramai yg tidak suka...tidakkah tuan empunya badan faham dan tahu akan hal ini? tapi tak tahulah kalo calon lain yang diletakkan. adakah PM akan mempertimbangkannya. bagaimana dengan Menteri yg sedia ada? khabar angin mula mengatakan MIC tidak mustahil akan undur daripada menjadi parti Komponen BN jika tuntutan mereka tidak diterima..

pada pengamatan nemola kes seperti ini jugalaj yg berlaku di bukit Selambau...org Melayu di situ sudah minta nak kan calon Melayu memndangkan majoriti penduduk Melayu..tetapi atas dasar tertentu is tetap diberikan kepada MIC kerana mereka juga menuntut ingin kekalkan kerusi MIC di kawasan tersebut..sekali lagi MIC tuntut nak kan kembali kerusi kabinet di KKR. so mcmana? tunggu dan lihat ajalah..

TUTUP CITER PILIHANRAYA..buka story baru

huh...lega rasanya ye dah selesai pilihanraya..ha maka berbilion bilionlah claim petugas-petugas kite...ok latu kan masing2 parti menang pertahankan kerusi masing2..hehehe..ok kite close this story...

yang nemo nak cito ni isu bola sepak. ala yg terbaru di Kelantan tu..ish ish ish... dasyat sungguhla org Malaysia ni... tapi nemo sedih..kejadian itu menunjukkan betapa rendahnya minda dan pemikiran rakyat Malaysia terutama org Melayu lah... kenapa kerana bola saja bleh tercetusnya keadaan huru hara. yg paling sedih sanggup bakat kereta polis?s mana nilai murni org Melayu? adat ketimutan org Malaysia? mcmnike nak ditunjukkan pada masyarakat asing ttg negara dan rakyat malaysia? tindakan mereka itu menunjukkan pemikiran dan tingkah laku rakyat Malaysia masih ketinggalan jauh dib elakang. seolah-olah tidak bertamadun...

mungkin golongan ini nak sgt kot Malaysia jdi mcm Thailand? dah habis berfikir ke? yg paling sedih lagi mereka yg bertindak tu semuanya org dewasa dah bekerja mungkin juga yang berpelajaran? sedih mmg sedih... org Malaysia suka membuat tindakan tanpa PK panjang dan terlalu ikutkan emosi...ini bukanlah sesuatu yg baik..WAHAI RAKYAT MALAYSIA BERUBAHLAH ANDA CONTOHILAH TELADAN YG BAIK SEBAGAIMANA MASYARAKAT JEPUN ....

Tuesday, March 31, 2009

Lagi Story PR Kecil

apa sajalah story pilihan raya ni ye..hari2 berita isu ini...ye la lagi tak selesai...tapi nemo tak bertugas. sedih juger...bapa nemo kena bertugas... dgr crita keadaan skang 50-50...apalah keputusannya nanti kan? erm... persidangan UMNO pun baru je selesai...adakah keputusan pemilihan UMNO akan memberi kesan kepada pilihan raya nanti...pada pengamatan nemo ia sedikit sebanyak boleh mempengaruhi PR kecil ni... almaklumlah yang menang tu bukan semua dapat menerimanya kan? phm2 la... lagipun isu yg dimainkan sebelum ni pun banyak mengguggat PR kecil ni, cthnya knapa kerajaan umumkan nak naik kan tol aritu? keesokkannya umum pulak tak jadi... isu ini paling tidak menjadikan rakyat dah set dlm minda betul tak? tambahan isu politik perak belum selesai...wahai para petugas... teruskan perjuangan anda...selamat maju jaya..

Tuesday, March 10, 2009

Pilihanraya Kecil 2 Bukit dan 1 Batang

pilihanraya kecik Parlimen Bukit Gantang, Bukit Selambau dan batang dah tak lama lagi... setelah banyak insiden tragis politik berlaku terutama di negeri Perak dan sedikit isu di Bukit Selambau serta Bukit Lanjan apakah ramalan kemenangan BN? mampukah isu -su yang berlaku mengubah pendirian pengundi-pengundi di kawasan terbabit? bagi parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau, keduanya dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lalu... adakah strategi BN kini mampu mengubah kedudukan tersebut... SENYUM KUCING - NEMO RASALA 50 - 50 KOT....

Monday, February 16, 2009

sedih... risau... gembira...semuanya pergolakkan politik PERAK

lama nemo tak ke udara di laman blog dgn isu baru... bercuti, membuat analisis dan berfikir...macam2...tak lain dan tak bukan semuanya berkaitan pergolakkan politik di PERAK...nemo ni anak jati perak..parents pun anak jati Perak...bila jadi macamni nemo SEDIH sangat seolah olah hiudp dalam sebuah tempat yang tak aman.cuma lebih baik sikit dari GAZA. bezanya takde dentuman bom peluru beroandu...kenapa Perak boleh jadi macamni? kenapa org Melayu (PAS) dan UMNO tidak bersatu? org melayu sendiri menunjukkan perpecahan nati senang negara kita dicerobohi oleh mana2 pihak yang kita sendiri tidak tahu helah dan muslihatnya...tapi nemo GEMBIRA sebab...apabila beraleh kerajaan ni taklah MB nya mengikut telunjuk org lain seperti MB dulu...semua idea dan dasar baru yang dibuat datangnya dari DAP. mana pendirian Nizar sebagai MB. isu hak milik tanah, isu pemberian tanah kepada sekolah, isu Totota Camry...semua cadangan ini Nizar ikutje...geram pun ada. apa yang betol2 org Islam dapat daripada pejuangan Nizar sebagai pemimpin PAS??? tapi pada msa yang sama nemo RISAU, diharapkan jgn MB skarang menunjukkan dakwaan org ramai itu benar UMNO ni kronism...bagi projek juta2 kroni mereka yang dapat untung, tipu rakyat sana sini... MB baru kena membuat perubahan agar rakyat lebih yakin dan percaya denganperjuangan UMNO. jgn nanti Perak beraleh kerajaan lagi kerana kesilapan yg sama. nemo juga risau dgn gerak/perang saraf yang dimainkan oleh PR skarangni... macam2 mereka akan buat

Tuesday, February 3, 2009

Perak Oh Negeriku....Apa sudah jadi???

macam2 kisah tergempar berlaku di Perak ni gara2 politik. Politik...Politik....Keluar BN masuk PR, keluar PR masuk BN, jadi calon bebas...mcm2 hal... tapi tak sapapun tau apa sebenarnya yang terjadi. apa helahnya org politikni... yang jadi mangsa rakyat...tapi yang sedihnya kenapa semua ini berlaku di saat Sultan Perak meraikan sambutan Pemerintahannya yang ke 25. sambutan Jubli Perak. negeri Perak juga isytiharkan cuti umum. beginikah caranya rakyat menunjukkann cara sambutannya? perbalahan dan krisis antara ahli politik dan parti politik? apa sudah jadi. tidak hormtakah kepada sultan??? atau ini sekadar taktik untuk meraih simpati dan sokongan? tindakan ahli2 politik ini seolah mencemar kedaulatan pemerintahan sultan Perak. satu tindakan yang tidak baik. mereka seolah hilang akal dan pertimbangan, tidak tahu masa dan ketika....
SENYUM KUCING- BAWA2LAH BERUBAH WAHAI PEMIMPIN2

Sunday, January 4, 2009

Tuan Guru Nik Aziz...Masuk Syurga Pilih PAS???

menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu ni, mcm2 isu dibangkitkan untuk meraih sokongan dan undi...jadi nemo pun ada isu juga. berkaitan Tuan Guru Nik Aziz yg mengatakan masuk syurga kalo pilih PAS, masuk neraka pilih UMNO. mazhab mana tuan guru pakai? sedihnya, tuan guru adalah alim ulama dan tokoh agama tapi kenapa begitu cetek kata2 tuan guru. tidak kah tuan guru sedar bahawa hanya Alla s.w.t shj yg tentukan dosa pahala syurga neraka seseorg hamba itu.bukannya hanya kerana memilih parti dapat menetukan kesudahan seseorang hamba itu ditempatkan. jika pemimpim UMNO itu turut mengamalkan cara hidup islam, maka tidak salah mengundinya. yg penting adalah ciri2 kepimpinan dan keperibadian calon. kita bukan mengundi semata mata parti tetapi rakyat juga melihat kepada calon. nemo masih ingat kisah seorang pemimpin PAS (yg kononnya memperjuangkan Islam) ditangkap khalwat suatu ketika dulu. Mat Sabu, seorg penceramah bebas dan juga merupakan pemimpin ahli PAS. tidakkah ini perkara yg memalukan? jadi bagaimana tuan guru bleh berkata masuk syurga jika mengundi PAS. apa pula hukumnya jika pemimpin PAS itu seperti apa yg dilakukan Mat Sabu? ternyata khalwat itu salah di sisi agama... krn kepentingan politik, tuan guru hampir hilang pertimbangan terhadap apa yg diperkatakan...
SENYUM KUCING- RENUG2 KAN, FIKIR2 KAN...