Sunday, December 21, 2008

AlahAi...Mawi


alahai pengantin baru mawi-ekin...erm...cite pasal artis kahwin kan...setelah nemo kaji la... bila kahwin gah gila tp akhirnya bak lagu azie pelamin anganku musnah. tgk saje ertis kahwin yg ditaja dibuat semeriah meriahnya... suma bercerai..ingat perkahwinan ni mcm/sebahagian industri hiburan ke...mana boleh...perkahwinan adlh sebahagian drpd tuntutan agama.sunnah nabi.tp tak tau knpae perjkahwinan artis tak seperti yg dituntut. Era-yusri, norman-abby suma ditaja..buat besar-besaran.tp apa jadi...skang ct nur haliza menjadi tumpuan...yg terbaru mawi...erm....dahtu plak pakai aksesori mak ai punyala mewah beratus ribu...artis...artis...tgk saja keronsang pada songkok mawi, yg di pakai ekin brape nilainya? ish..ish...kalo buat sedekah pun bagus...apasajala artis ini...
SENYUM KUCING-APALA ADA PADA NAMA DAN PANGKAT

Tragedi Bukit Antarabangsa

walaupun dah berlalu tragedi itu...namun yg nemo nak kongsi kan ni coret coret di sebalik semua itu...yg nemo terdengar, soseh soseh mengatakan kebanyakan penduduk bukit antarabangsa tu penyokong keADILan...erm...ye ke? ada sape2 yg tau ke kesahihannya?... kalo betol la... kenapa kerajaan negeri tak hulur bantuan... malahan tak dgr pun lawatan MB ke tempat kejadian. apa sudah jadi??? kalo tak betol, lps ni jadi peringatan la kpd penduduk di situ....ambil iktibar...janji yg di tabur umapama indah khabar dari rupa....PK PK kn....

Monday, December 15, 2008

Gunung Kinabalu


betapa cantiknya ciptaan tuhan... inilah pemandangan gunung kinabalu. terdapat 7 puncak semuanya...jika nak mendaki bermula tgh mlm dan akan tiba awl pagi antara jam 6-7 pagi bergantung kepada keupayaan pendakian seseorg. jika anda berkesempatan ke KK jgn lupa cipta pengalaman mendaki gunung kinabalu ini...mmg sgt seronok dan mencbar. pelbagai rahsia dpt anda ketahui...kalo nemo berpeluang lagi nemo akan mendaki sampai ke puncak...tapi sebelum tu igt....kena siapkan diri secukupnya.kalo tak boleh 'injured' diri. bila menghampiri puncak teramatlah sejuk sampai ke tulang.pakai baju dan seluar serta glove berlapis-lapis.tapi uniknya org tempatan di situ sekadar pakai t-shirt dan suar pendek je...betapa hebatnya mereka memikul berbakul batu bata sehari, naik turun mcm takde apaje...alah bisa tegal biasa...

Penguatkuasa KPDNHEP

bila bercakap ttg harga brg yg tak turun...kaitannya KPDNHEP lah kan...adakah mereka benar2 memantau harga barang? mungkin di pasar-pasar besar sahaja kot... tetapi cerita yg nemo dgr ni... ada yg mengatakan mereka jalankan tugas tapi disogok pula oleh peniaga-peniaga supaya tak ambil tindakan terhadap kesalahan yg dilakukan (sbg cth: kenaikan harga barang yg tak turun turun & tak pamer harga jualan). mungkin ada benar nya kot... kalo tak kenapa la harga barang tak turun walaupun harga minya turun mendadak dan jauh lebih murah berbanding kenaikan dulu. heranla... mcmana nak selesaikan isu ni yer.... ada sebarang komen???

Harga Minyak & Harga Barang

harga minyak turun lagi tapi harga barang langsung tak turun. kalau adapun sekejap saja, mungkin untuk mengaburi mata pihak berwajib.hakikatnya harga barang tak turun sepertimana harga minyak. kenapa peniaga, pembekal, pemborong sgt degil??? dulu dikatakan kenaikan harga minya adalah penyebaba. kini apa pula... syarikat besar seperti TECSO, GIANT kononnya sign MOU dgn KPDNHEP dlm usha kempen turun harga. tapi sekadar MOU la...bukan semua harga turun...dan tak sekata penurunanya. berkongsi cerita...contohnya SUSU COKLAT DUTCH LADY 1L. di ECONSAVE= RM 3.85, di PASABINA= RM 3.99, PASARAYA TF VALUE=RM 3.95 tetapi di TESCO= RM 4.10. erm..mcmana tu??? knapa TESCO lg mahal berbanding pasaraya lain sedangkan mereka sudah sign MOU dgn KPDNHEP.