Tuesday, April 14, 2009

tuntutan MIC

ni juga crita baru..setelah PM umumkan kabinet barunya..maka mulalah ada pihak yang tidak berpuas hati..biasala manusia kan...ada saje yg tak kena nya. terbaru dikatakan MIC menuntut kerusi kabinet iaitu di Kementerian Kerja Raya...nemo tak tau nak cakap apa. Jika kerusi itu diletakkan calon MIC yang sedialaka mungkin ramai yg tidak suka...tidakkah tuan empunya badan faham dan tahu akan hal ini? tapi tak tahulah kalo calon lain yang diletakkan. adakah PM akan mempertimbangkannya. bagaimana dengan Menteri yg sedia ada? khabar angin mula mengatakan MIC tidak mustahil akan undur daripada menjadi parti Komponen BN jika tuntutan mereka tidak diterima..

pada pengamatan nemola kes seperti ini jugalaj yg berlaku di bukit Selambau...org Melayu di situ sudah minta nak kan calon Melayu memndangkan majoriti penduduk Melayu..tetapi atas dasar tertentu is tetap diberikan kepada MIC kerana mereka juga menuntut ingin kekalkan kerusi MIC di kawasan tersebut..sekali lagi MIC tuntut nak kan kembali kerusi kabinet di KKR. so mcmana? tunggu dan lihat ajalah..

TUTUP CITER PILIHANRAYA..buka story baru

huh...lega rasanya ye dah selesai pilihanraya..ha maka berbilion bilionlah claim petugas-petugas kite...ok latu kan masing2 parti menang pertahankan kerusi masing2..hehehe..ok kite close this story...

yang nemo nak cito ni isu bola sepak. ala yg terbaru di Kelantan tu..ish ish ish... dasyat sungguhla org Malaysia ni... tapi nemo sedih..kejadian itu menunjukkan betapa rendahnya minda dan pemikiran rakyat Malaysia terutama org Melayu lah... kenapa kerana bola saja bleh tercetusnya keadaan huru hara. yg paling sedih sanggup bakat kereta polis?s mana nilai murni org Melayu? adat ketimutan org Malaysia? mcmnike nak ditunjukkan pada masyarakat asing ttg negara dan rakyat malaysia? tindakan mereka itu menunjukkan pemikiran dan tingkah laku rakyat Malaysia masih ketinggalan jauh dib elakang. seolah-olah tidak bertamadun...

mungkin golongan ini nak sgt kot Malaysia jdi mcm Thailand? dah habis berfikir ke? yg paling sedih lagi mereka yg bertindak tu semuanya org dewasa dah bekerja mungkin juga yang berpelajaran? sedih mmg sedih... org Malaysia suka membuat tindakan tanpa PK panjang dan terlalu ikutkan emosi...ini bukanlah sesuatu yg baik..WAHAI RAKYAT MALAYSIA BERUBAHLAH ANDA CONTOHILAH TELADAN YG BAIK SEBAGAIMANA MASYARAKAT JEPUN ....

Tuesday, March 31, 2009

Lagi Story PR Kecil

apa sajalah story pilihan raya ni ye..hari2 berita isu ini...ye la lagi tak selesai...tapi nemo tak bertugas. sedih juger...bapa nemo kena bertugas... dgr crita keadaan skang 50-50...apalah keputusannya nanti kan? erm... persidangan UMNO pun baru je selesai...adakah keputusan pemilihan UMNO akan memberi kesan kepada pilihan raya nanti...pada pengamatan nemo ia sedikit sebanyak boleh mempengaruhi PR kecil ni... almaklumlah yang menang tu bukan semua dapat menerimanya kan? phm2 la... lagipun isu yg dimainkan sebelum ni pun banyak mengguggat PR kecil ni, cthnya knapa kerajaan umumkan nak naik kan tol aritu? keesokkannya umum pulak tak jadi... isu ini paling tidak menjadikan rakyat dah set dlm minda betul tak? tambahan isu politik perak belum selesai...wahai para petugas... teruskan perjuangan anda...selamat maju jaya..

Tuesday, March 10, 2009

Pilihanraya Kecil 2 Bukit dan 1 Batang

pilihanraya kecik Parlimen Bukit Gantang, Bukit Selambau dan batang dah tak lama lagi... setelah banyak insiden tragis politik berlaku terutama di negeri Perak dan sedikit isu di Bukit Selambau serta Bukit Lanjan apakah ramalan kemenangan BN? mampukah isu -su yang berlaku mengubah pendirian pengundi-pengundi di kawasan terbabit? bagi parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau, keduanya dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lalu... adakah strategi BN kini mampu mengubah kedudukan tersebut... SENYUM KUCING - NEMO RASALA 50 - 50 KOT....

Monday, February 16, 2009

sedih... risau... gembira...semuanya pergolakkan politik PERAK

lama nemo tak ke udara di laman blog dgn isu baru... bercuti, membuat analisis dan berfikir...macam2...tak lain dan tak bukan semuanya berkaitan pergolakkan politik di PERAK...nemo ni anak jati perak..parents pun anak jati Perak...bila jadi macamni nemo SEDIH sangat seolah olah hiudp dalam sebuah tempat yang tak aman.cuma lebih baik sikit dari GAZA. bezanya takde dentuman bom peluru beroandu...kenapa Perak boleh jadi macamni? kenapa org Melayu (PAS) dan UMNO tidak bersatu? org melayu sendiri menunjukkan perpecahan nati senang negara kita dicerobohi oleh mana2 pihak yang kita sendiri tidak tahu helah dan muslihatnya...tapi nemo GEMBIRA sebab...apabila beraleh kerajaan ni taklah MB nya mengikut telunjuk org lain seperti MB dulu...semua idea dan dasar baru yang dibuat datangnya dari DAP. mana pendirian Nizar sebagai MB. isu hak milik tanah, isu pemberian tanah kepada sekolah, isu Totota Camry...semua cadangan ini Nizar ikutje...geram pun ada. apa yang betol2 org Islam dapat daripada pejuangan Nizar sebagai pemimpin PAS??? tapi pada msa yang sama nemo RISAU, diharapkan jgn MB skarang menunjukkan dakwaan org ramai itu benar UMNO ni kronism...bagi projek juta2 kroni mereka yang dapat untung, tipu rakyat sana sini... MB baru kena membuat perubahan agar rakyat lebih yakin dan percaya denganperjuangan UMNO. jgn nanti Perak beraleh kerajaan lagi kerana kesilapan yg sama. nemo juga risau dgn gerak/perang saraf yang dimainkan oleh PR skarangni... macam2 mereka akan buat

Tuesday, February 3, 2009

Perak Oh Negeriku....Apa sudah jadi???

macam2 kisah tergempar berlaku di Perak ni gara2 politik. Politik...Politik....Keluar BN masuk PR, keluar PR masuk BN, jadi calon bebas...mcm2 hal... tapi tak sapapun tau apa sebenarnya yang terjadi. apa helahnya org politikni... yang jadi mangsa rakyat...tapi yang sedihnya kenapa semua ini berlaku di saat Sultan Perak meraikan sambutan Pemerintahannya yang ke 25. sambutan Jubli Perak. negeri Perak juga isytiharkan cuti umum. beginikah caranya rakyat menunjukkann cara sambutannya? perbalahan dan krisis antara ahli politik dan parti politik? apa sudah jadi. tidak hormtakah kepada sultan??? atau ini sekadar taktik untuk meraih simpati dan sokongan? tindakan ahli2 politik ini seolah mencemar kedaulatan pemerintahan sultan Perak. satu tindakan yang tidak baik. mereka seolah hilang akal dan pertimbangan, tidak tahu masa dan ketika....
SENYUM KUCING- BAWA2LAH BERUBAH WAHAI PEMIMPIN2

Sunday, January 4, 2009

Tuan Guru Nik Aziz...Masuk Syurga Pilih PAS???

menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu ni, mcm2 isu dibangkitkan untuk meraih sokongan dan undi...jadi nemo pun ada isu juga. berkaitan Tuan Guru Nik Aziz yg mengatakan masuk syurga kalo pilih PAS, masuk neraka pilih UMNO. mazhab mana tuan guru pakai? sedihnya, tuan guru adalah alim ulama dan tokoh agama tapi kenapa begitu cetek kata2 tuan guru. tidak kah tuan guru sedar bahawa hanya Alla s.w.t shj yg tentukan dosa pahala syurga neraka seseorg hamba itu.bukannya hanya kerana memilih parti dapat menetukan kesudahan seseorang hamba itu ditempatkan. jika pemimpim UMNO itu turut mengamalkan cara hidup islam, maka tidak salah mengundinya. yg penting adalah ciri2 kepimpinan dan keperibadian calon. kita bukan mengundi semata mata parti tetapi rakyat juga melihat kepada calon. nemo masih ingat kisah seorang pemimpin PAS (yg kononnya memperjuangkan Islam) ditangkap khalwat suatu ketika dulu. Mat Sabu, seorg penceramah bebas dan juga merupakan pemimpin ahli PAS. tidakkah ini perkara yg memalukan? jadi bagaimana tuan guru bleh berkata masuk syurga jika mengundi PAS. apa pula hukumnya jika pemimpin PAS itu seperti apa yg dilakukan Mat Sabu? ternyata khalwat itu salah di sisi agama... krn kepentingan politik, tuan guru hampir hilang pertimbangan terhadap apa yg diperkatakan...
SENYUM KUCING- RENUG2 KAN, FIKIR2 KAN...

Thursday, January 1, 2009

AKU & KAU BERBEZA...AKU & KAU ISTIMEWA

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. . WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri...


Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya , 2. isterinya , 3. anak perempuannya 4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya, 2... ayahnya, 3. anak lelakinya 4. saudara lelakinya ..

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. (burut) - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru daripada ketegangan. - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. - meringankan bahagian pelvis. - memberi dorongan supaya mudah tidur. - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. - mengurangkan kegemukan. - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) . - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu..
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa
AMIN.
Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.


Para Ulama ' berpesan untuk kita jadikan pegangan
JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :
1. Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
2. Meninggalkan solat Isya ' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
3. Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah seperti mana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....
4.Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka ' abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
5.Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata..

Lagi Harga Barang...

salam buat semua serta selamat tahun baru 2009. lama nemo tak ke udara.erm nemo bercuti sebenarnya...ok sepnajang cuti nemo tak lupa membaca akhbar. tajuk yg menarik perhatian nemo tak lain tak bukan isu harga barang...nemo tak ingat tarikh bila tapi akhbar Berita Harian yg nemo baca. tajuknya lebih kurang begini, kerajaan lega harga barang menunjukkan penurunan. ni yg nemo tak puas hati ni... banyak mana sgt hrga barang turun? tak setimpal dgn harga minyak yg dah turun. mungkin hrga barang kawalan je kot yg turun, tp tak berbaloi langsung..abis barang bukan kawalan tak menjadi keperluan pengguna ke pun? e...geram betol la...kalo pembaca semua ingat nemo pernah ckp harga susu dutch lady 1L dulu RM 3 lbih bulan 12 ni dah jadi RM 4.60 bayangkan brape sen naik. logik ke... pencuci dynamo 5L dulu RM19.90, bln Nov 08 RM 22.90 bila nemo nak beli bln Disember aritu dh jadi RM 27, mahalnya naik...mcm mana ni...malahan harga pampers juga naik. Nemo bawa mak pergi beli barang. mak nemo ni beli barang kira mcm stok sebulan la...kalo dulu perbelanjaan dapur sebulan dlm lngkungan RM 350. tapi bg bulan Dis 08 lalu, perbelanjaan meningkat sampai RM 500. terkejut mak nemo. brg yg di ambil sama shj tiap bulan.brg-brg keperluan dapur dan kegunaaan harian rumah. apabila harga minyak turun ke paras terendah tapi perbelanjaan harga barang tak pula turun. tak mustahil la masih wujud golongan miskin dan kadar kemiskinan terus meningkat. pendapatan awam pun bg kumpulan sokongan II taklah banyak sgt. nak diikutkan tak mampu tanggung kehidupan keluarga pun. bayangkan sewa rumah, perbelanjaan dapur, pebelanjaan sekolah anak, keperluan anak baby, bayaran mengasuh anak lagi...nemo jadi susah ahti bila memikirkan harga barang ni.nemo geram sebenarnya. kerajaan tak patut jwb harga brg bukan kawalan bukan bidangkuasa mereka. jika kerjaaan benar prihatin patut amik tindakan menyeluruh. bila pasar raya besar turunkan harga barang lepas sign mou dgn Kementerian Pengguna, mereka naik kan hrga brg bukan kawalan...samajer la yg ruginya pengguna...LAUKANLAH SESUATU WAHAI PARA PENGGUNA & KERAJAAN...