menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu ni, mcm2 isu dibangkitkan untuk meraih sokongan dan undi...jadi nemo pun ada isu juga. berkaitan Tuan Guru Nik Aziz yg mengatakan masuk syurga kalo pilih PAS, masuk neraka pilih UMNO. mazhab mana tuan guru pakai? sedihnya, tuan guru adalah alim ulama dan tokoh agama tapi kenapa begitu cetek kata2 tuan guru. tidak kah tuan guru sedar bahawa hanya Alla s.w.t shj yg tentukan dosa pahala syurga neraka seseorg hamba itu.bukannya hanya kerana memilih parti dapat menetukan kesudahan seseorang hamba itu ditempatkan. jika pemimpim UMNO itu turut mengamalkan cara hidup islam, maka tidak salah mengundinya. yg penting adalah ciri2 kepimpinan dan keperibadian calon. kita bukan mengundi semata mata parti tetapi rakyat juga melihat kepada calon. nemo masih ingat kisah seorang pemimpin PAS (yg kononnya memperjuangkan Islam) ditangkap khalwat suatu ketika dulu. Mat Sabu, seorg penceramah bebas dan juga merupakan pemimpin ahli PAS. tidakkah ini perkara yg memalukan? jadi bagaimana tuan guru bleh berkata masuk syurga jika mengundi PAS. apa pula hukumnya jika pemimpin PAS itu seperti apa yg dilakukan Mat Sabu? ternyata khalwat itu salah di sisi agama... krn kepentingan politik, tuan guru hampir hilang pertimbangan terhadap apa yg diperkatakan...
SENYUM KUCING- RENUG2 KAN, FIKIR2 KAN...
Ameliahezeren Videos Download
10 years ago